“Josh, ke mana kau ingin pergi?”
Aku? Aku ingin pergi ke mana? Kenapa kau risau? Kau tahu siapa aku? Aku ialah tiada siapa dalam diari dunia ini. Ke mana aku pergi bukan urusanmu. Biar aku terbang bersama burung-burung yang bebas beterbangan di angkasa luas. Terlalu banyak derita yang menyiksa batinku di sini. Kehilangan ketamadunan dalam dirimu dan kawan-kawanmu merupakan suatu tragedi yang menyentuh pangkal jiwaku. Dunia ini kejam. Perlahan-lahan aku melangkah longlai meninggalkan rumah yang disewa oleh matt dan aku. Biarkan memori pahitku terkubur di sana.
“Encik, ke London international Airport segera” pintaku kepada pemandu teksi yang kelihatan baru menceburkan diri dalam bidang ini. Pemandangan di luar sana sungguh indah, pokok-pokok yang tumbuh ceria dan bunga-bunga yang kembang bahagia. Musim bunga memang indah dari zahir tapi pahit dan perit daribatinnya. Adakah ini salahmu wahai musim bunga? Rumah flet itu semakin lama semakin menghilangkan wajahnya. Bangunan-bangunan tinggi yang melonjak ke udara itu bagai peluru berpandu yang menanti menghentam sasarannya. Dalam kota inilah deritaku memakann diri ini. Selamat tinggal kota London. 25 paun dollar kuhulurkan pemandu teksi itu yang nyata girang mendapat hasil titik peluhnya yang pertama. Destinasiku tidak ditentukan lagi.
Perlahan-lahan aku menyelak muka-muka surat peta yang ku pegang erat di tanaganku. Dalam kesibukan menyelak peta dunia, mataku tertumpu ke sebuah negara yang entah bagaimana menarik perhatianku untuk terus menatapnya. Ya, inilah negara yang akanku tuju.
“Cik, saya ingin membeli tiket penerbangan ke malaysia. Business class ya” pintaku penuh sofistikated.
“Baiklah. Terdapat dua penerbangan ke Malaysia yang dijadualkan pada minggu ini. Penerbangan pertama iaitu penerbangan MH 3210 akan bertolak pada 10.30 malam ini manakala penerbangan kedua iaitu penerbangan MH 4320 akan bertolak pada pada hari rabu ini. Encik ingin membuat tempahan pada penerbangan yang mana satu?” tanya wanita bernama Susan itu.
“Penerbangan MH 3210. lagi cepat lagi bagus” jawabku ringkas.
Menoleh ke jam tangan pemberian guruku ini, aku mempunyai masa lebih kurang 3 jam lagi sebelum penerbangan berlepas ke destinasi yang telah ditetapkan. Masa terluang ini aku manfaatkan dengan menikmati kopi British yang terkenal dengan aromanya, buat kali terakhir. Nyata kelazatan kopi in menghanyutkan aku ke dalam lamunan.
“Come on Josh, inilah peluang kita. Bukan selalu kita dapat pergi ke disko M yang popular itu” pelawa Matt bersungguh-sungguh dengan harapan aku dapat menemaninya melakukan dosa terhina di tempat kotor. Maafkan aku Matt. Pelawaanmu itu terpaksa kutolak. Sedarlah wahai kawanku, aku bukan manusia jenis itu. Memang aku sudah bosan dan jelik dengan kehidupan sesetangah masyarakat British. Mereka mengamalkan gaya hidup bebas bagaikan haiwan liar yang tidak berantai. Melakukan perkara kehendak mengikut sesuka hati tanpa memikirkan kesannya kepada orang lain. Such a sellfish. Dan aku tidak tahan dengan cara hidup ini. Benarkan aku terbang bebas ke tempat yang penuh dengan peradaban.
“Panggilan terakhir kepada penumpang-penumpang MH 3210. Sila berada di atas kapal terbang sekarang juga kerana kapal terbang akan berlepas dalam masa 10 minit lagi”.
Nyaris-nyaris aku ketinggalan kapal terbang. Melalui pengamatanku, pesawat milik MAS ini agak maju teknolginya. Mataku meliar mencari tempat duduk yang telahku tempah. Tempat duduk telah kujumpai, bersebelahan dengan seorang wanita yang menutup kepalanya dengan sehelai kain. Aku sering terjumpa wanita seperti ini di London semasa aku berlajar dahulu.
“May I sit next to you?” aku meminta kebenaran daripada wanita ini. Wanita ini hanya tersenyum dan menganguk tanda setuju. Sungguh sopan dan baik budi bahasa wanita ini.
“Melancong?” tanya wanita ini dengan penuh sopan.
“Bolehlah dikatakan begitu. Cuma perlancongan ini tidak dirancang sepenuhnya. Saya tertarik dengan Malaysia. Saya ingin tahu mengenai Malaysia dengan lebih mendalam” balas aku untuk menjawab pertanyaan wanita ini.
“Baguslah kerana encik telah membuat keputusan yang tepat. Malaysia memang terkenal dengan keindahan alam semula jadinya. Terdapat banyak pusat perlancongan yang boleh dilawati sekiranya encik ingin menenangkan fikiran. Antara kawasan perlancongan yang encik boleh lawat ialah Pulau Tioman, Tasik Kenyir, Taman Negara, dan negeri Melaka Bandaraya bersejarah. Encik juga boleh membeli belah di pusat-pusat membeli belah yang terkenal seperti Berjaya Times Square, Sogo, The Mines,Jusco dan banyak lagi”.
“Orang Malaysia?” Wanita ini tersenyum dan mengangguk bangga menjadi anak Malaysia.
“Apa gunanya negara maju namun rakyatnya masih mundur dari segi pemikiran. Saya sudah bosan dengan kehhidupan ini seperti di london yang penuh dengan noda dan dosa” perli aku.
“Jangan kerana nila setitik rosak semua susu sebelanga. Bukan semua orang di dunia ini seperti itu. Saya faham dengan perasaan encik namun encik tidak boleh membuat tuduhan melulu. Bagi rakyat Malaysia, adalah menjadi satu kewajipan untuk berbudi bahasa dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian. Keharmonian hari ini terbentuk hasil daripada sikap tolak ansur dan perpaduan antara rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum. Hal ini adalah bersesuain dengan adat dan tuntutan agama” bangkang wanita ini.
“Apakah kata-katamu ini benar?”soal aku dengan penuh perasaan ingin tahu.
“Saya tidak dapat membuktikan sekarang. Namun encik akan sedar bahawa kata-kata encik itu salah apabila encik sampai di Malaysia nanti” jawab wanita ini dengan tegas. Masa berlalu dan akhirnya kapal terbang mendarat di tanah yang bernama Malaysia.
“Sebelum berpisah, siapa nama saudari?”
“Mira bt Yusof, nama encik?
“Josh Stewart. Panggil saya Josh sahaja. Semoga kita berjumpa lagi”balas aku dengan tenang.
Sebulan telah berlalu dan ternyata kata-kata Mira itu benar. Pada suatu hari, aku terserempak dengan Mira dalam sebuah kedai buku dan kami berborak seketika. Hatiku kini di sini dan tidak lagi di London. Kini, hati ini juga telah dicuri.
Hitam Manis
Januari 2006
No comments:
Post a Comment