“
Sura cukup bahagia saat ini. Memang segalanya telah lengkap di dunia
ini bagi Sura. Andai kata Sura ditakdirkan terikat dengan si dia, Sura
tak perlukan dunia ini. Kebahagiaan dalam dakapannya ialah dunia Sura”
bisik hati kecil aku dalam kegelapan malam yang menutupi bintang-bintang
yang bersinar ceria.
Kahadiran
si dia telah memberi sinar bahagia yang kehangatannya memberi
sinar-sinar kepastian bagi diriku. Namun, kadang kala, dapat kurasa yang
si dia bukan milikku. Apatah lagi dia bagai bintang gemerlapan dan aku
hanyalah bumi yang terus menanti bintang untuk jatuh ke riba. Cintaku
sentiasa dihalang insan berbisa. Namun, aku tak akan mengaku kalah dan
tewas dalam tangan dia. Katakanlah wahai bulan, dia cintakan aku juga.
Aku
terus manyapu cekap lantai pejabat yang bersinar bagai cermin. Ahad
pagi yang nyaman bagaikan menyambut diriku gembira. Dalam keasyikan aku
menyapu sampah, dari jauh telinga aku dapat menangkap bunyi yang telah
lama hati ini menanti. Kelibat si dia bagai datang menyapaku.
“Selamat pagi encik”, tanpaku sedari aku memberi salam pertama kepada si dia. Hanya senyuman yang dilemparkan kepada diriku.
Kerinduan yang mencengkam jiwaku kini telah terhurai dengan kemanisan
senyuman dia. Alangkah bahagia jika aku dapat menatap senyumannya itu
yang bak mawar merah mekar di dalam taman hati. Aku hentikan igauan yang
memenjaraku sebentar tadi. Kadang kala, aku sengaja menjengah ke dalam
pejabatnya mencuri melihat wajah manjanya itu. Ah, sememangnya dia milik
mimpiku. Dalam aku mengilatkan lantai, aku sedar aku dijeling oleh
mata-mata yang penuh dengan kebencian dan kesombongan.
“Kau
lihat tu Tijah, bukan main nampaknya perempuan jalang tu. Tak sedar dia
tu siapa, nak pikat boss kita pula” setiap patah perkataannya itu
menikam jantungku yang biasa ditikam sedemi rupa. Jiwaku hanya membisu
dan terus membisu membiarkan mulut-mulut kejam itu melancarkan api-api
durjana. Biar apa yang mereka katakan, niat ini akan terus
mempertahankan cinta suci ini walaupun api setinggi gunung membahamku.
Aku
terus menjalankan tugas dengan teliti sehingga ke suatu meja yang amat
asing bagiku. Dalam sekelip mata, berdiri sekeping badan yang tercoreng
mukanya dengan warna sarkas dan bibirnya berkilat dengan lip stick.
Alangkah ruginya dia kerana wajah indahnya diselaputi dengan debu-debu
wangi.
“Hoi
kau! Nama kau Sura kan. Kau jangan nak menggatal kat sini okay.
Sudahlah kau budak baru kat sini. Untuk pengetahuaan kau, boss kita tu,
Encik Kamal, aku punya tau tak! Kau tengoklah cermin sikit. Muka kau tu
tak layak berada di sampingnya. Sudahlah duduk merempat. Nak makan pun
tak ada apa-apa. Kau ingat nama aku, Ija. Jangan kau dekat dengan boss
kita. Kalau tidak, perempuan bernama Ija akan kenakan kau. Faham?!”
Benar.
Memang benar keluarga aku miskin. Tapi kami tidak sepatutnya dihina dan
dicerca sedemi rupa. Kami masih punya hak. Kami masih ada maruah yang
tak wajar dihumban ke mana-mana. Mataku penuh dengan api kemarahan yang
tak pernah kuderitai sebelum ini. Ingin saja tanganku menghinggap di
pipinya itu. Namun kewarasan keimananku menegahku melakukannya. Aku
segera beredar dari situ dengan hati yang padat dan parah dengan api
kemarahan dan hujan kepiluan.
Malam
mula melelapkan matanya meninggalkan dunia diselimuti kenyamanan malam.
Malam yang dihiasi dengan derita jiwa dan tangisan kebebasan yang kami
idamkan. Kukeluarkan beberapa keping besi perak dan sekeping not bewarna
biru. Roti dan air mineral untuk adik-adikku di rumah sayu. Kimi 10
tahun dan Jimi 7 tahun menanti penuh dengan harapan merasa makanan enak
di hujung lidah. Semenjak kehilangan ibu dan bapa dalam kemalangan jalan
raya yang ngeri, kami bergantung pada mak su Lijah untuk meneruskan
sisa perjuangan hidup. Jalan raya menjadi musuh utama dalam hidupku.
Aku
menyarungkan baju putih kekuningan ke badanku yang kurus menampakkan
susuk tubuhku. Aku mengiringi Kimi dan Jimi ke pintu rumah mak su Lijah
untuk dijaga semasa ketidaanku pergi ke sekolah.
“Kimi,
Jimi, nanti dengar kata mak su Lijah tahu. Jangan nakal-nakal. Mak su
lijah, tolong jagakan mereka ya. Sura ingin ke sekolah.”
“Baiklah Sura. Jaga diri baik-baik ya. Jangan lupa belajar bersungguh-sungguh.” pesan mak su Lijah.
Hari
ini Cikgu Farid ingin mengajar kelas kami mengenai gelombang. Dia
merupakan guru fizik untuk kelas kami sejak tahun lepas lagi. Semua
subjek yang aku ambil aku suka. Genting sungguh tahun ini memandangkan
SPM mula menjelmakan diri menghampiri kami. Guru-guru di sekolah ini
amat mengambil berat akan aku semenjak peristiwa perit dan pahit itu
menghantui aku. Mereka memberi galakan kepada aku untuk terus membangun
menjulang ke puncak yang tudak pernah dicapai orang lain. Aku simpan
kata-kata itu dengan cermat di dalam hati pilu ini.
Hari
ahad menjelma sekali lagi bagai mengalu-alukan kehadiran aku. Setelah
puas memendam rasa mendalam dalam jiwaku ini, aku tekad untuk berterus
terang kepadanya.aku memberanikan hati ini untuk berkata dengannya.
Seperti minggu lepas, Ija membebel bagai nenek tua yang tidak berhenti
bercakap. Dari jauh, aku lihat kelibat wanita yang anggun baru sahaja
keluar dari pejabat Encik Kamal. Siapakah dia? Aku tidak peduli siapa
dia kerana dia tidak penting bagiku. Aku melangkah dengan harapan
mengiringi aku bersama-sama. Daun pintuku ketuk lembut.
“Masuk”.
“Oh,
Cik Mastura, boleh saya bantu awak?” kata-kata syahdu itu jelas
meluncur keluar dari mulut encik kamal. Aku terus meluru kepadanya dan
hampir memeluknya. Namun pegangan agama terusku pegang.
“Encik kamal, encik telah mencuri hati saya” entah bagaimana kata-kata itu terpacul daripada mulut suci ini.
“Cik
Mastura, saya berharap agar awak tidak berkecil hati.saya faham
perasaan awak namun saya terpaksa memulangkan hati awak kembali. Minta
maaf kerana saya terpaksa melakukan ini. Awak masih dalam alam
pesekolahan dan tahun ini merupakan tahun yang penting untuk awak. Saya
tidak mahu pelajaran awak tergangggu kerana memikirkan soal cinta.
Sebenarnya, saya juga telah jatuh cinta dengan awak. Namun,saya telah
bertunang. Maafkan saya.”
“Ini
ialah tunang saya, Shelly. Shelly, ini pekerja saya, Cik Mastura” ujar
Encik Kamal apabila seorang wanita masuk ke dalam pejabat.
Tunang?!
Tidak! Aku tidak sanggup menerimanya. Derita ini tak sanggupku tangung.
Oh dunia, kau sungguh kejam! Bunga hati ini gugur rebah ke bumi dan
layu bersama-sama bunga lain yang senasib denganku. Manik-manik mutiara
jatuh ke bertaburan bumi. Biarkan hati ini diracuni bisa bermadu.
Hitam Manis
Januari 2006